
Aurat bermaksud bahagian-bahagian tertentu pada badan manusia yang wajib dilindungi daripada pandangan ajnabi kerana perbuatan mendedahkannnya adalah sesuatu yang mengaibkan di sisi agama. Setiap mukmin wajib menutup auratnya dan ini tiada khilaf dikalangan ulama'. Tetapi apa yang menjadi khilaf dikalangan ulama' ialah batas-batas aurat di antara lelaki dan wanita.
Golongan Literal mentafsirkan pakaian yang disebut didalam Al-Quran adalah berkisar tentang konsep kesederhanaan dan kesopanan dalam cara berpakaian. Pakaian yang dimaksudkan ialah pakaian yang dapat menutup kemaluan. Mereka menggunakan maksud literal mengenai pakaian ini. Maka pada pendapat mereka, seseorang itu bolehlah memakai pakaian yang hanya menutup kemaluan mereka sahaja.
Al-Quran melarang wanita Islam supaya tidak mempamerkan perhiasan diri mereka untuk dilihat kepada kaum lelaki ajnabi kecuali yang zahir daripadanya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
30. “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
31. “ Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” ( Surah an-Nur 24:30-31 )
Jelasnya, dalam surah ini ada menyebut mengenai batas-batas aurat dan perhiasan yang harus dan tidak harus dibuka dan didedahkan.
Melabuhkan jibab @ tudung supaya menutupi leher adalah mengikut apa yang telah disyariatkan didalam Islam. Golongan ini lebih cenderung dalam menerima pendapat yang mengatakan bahawa maksud tudung atau khimar ialah selendang yang dipakai oleh wanita Arab di zaman Jahiliyyah yang dibiarkan meleret dibelakang mereka. Leher baju pada ketika itu dibiarkan luas sehingga mendedahkan dada mereka. Mereka ini cuba untuk lari daripada tanggungjawab dalam menutup aurat. Ini kerana mereka menggunakan takrif aurat dengan maksud literal dan suruhan memakai tudung dikatakan sikap penghormatan lelaki terhadap wanita sahaja.
Sedangkan kita dapati dalam Al-Quran ada suruhan supaya memakai tudung yang dapat menutup kepala dan dada. Dalam firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 seperti di atas yang bermaksud:
" Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada".Walaupun kita dapati suruhan ditujukan kepada isteri-isteri Nabi, tapi ia juga tidak ketinggalan kepada orang-orang yang beriman pada masa kini mengikut kaedah usul. Perintah juga dikhususkan kepada wanita yang masih muda pada masa kini kerana bimbang akan keselamatan mereka dari diganggu oleh lelaki yang tidak bermoral Mencegah adalan lebih baik dari mengubati.