THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 26, 2009

Kenapa Mahu Mencari-Cari Salah Orang Lain?


"Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-hujurat:12)


Islam melarang umatnya bersangka buruk kepada orang lain kerana ia adalah salah satu cabang dosa. Sekiranya kita nampak saudara kita melakukan kesalahan, barulah kita menegurnya dengan cara yang berhikmah. Kita tidak dapat menilai diri kita sendiri, tetapi pandangan orang di sekeliling kita akan menjadi cerminan diri kita sebenarnya. Janganlah kita merasa kita ini sentiasa betul dalam semua perkara.Sifat ini adalah sangat di benci oleh Allah s.w.t. bahkan di sukai oleh Syaitan.


Jangan pula kita mencari-cari kesalahan orang lain apabila kita berada di dalam keadaan yang harmoni. Itu adalah perbuatan yang cela dalam Islam. Orang yang di hatinya ingin melihat saudaranya susah dan sentiasa mencari kesalahannya serta menolak akaan kebaikannya, ini mengambarkan penyakit hati dalam dirinya dan menunjukkan kepada orang ramai akan kelemahan imannya.

Friday, April 24, 2009

Bakal Menjadi Orang Jawa?

Peliharalah bahasa ibunda kita..

kuwe jenengey sopo?
siapa nama kamu?

jenengku mustarjo
namaku mustarjo

suwi ora ro kuwe
lama tak nampak kamu

yolah, aku kerjone adhoh kok
yela, aku kerja jauh

arep mareng endi?
nak ke mana?

arep dolan
nak jalan-jalan

dino iki kuwe ora dhodhol?
hari ini kamu tak jualan(niaga)?

ora, awak ku loro kabeh
tak, badan ku sakit-sakit suma

oh, kuwe meriang yo..
oh, kamu sakit ye..

iyo..beneran...
ye..betul...

meriang kok iso dolan to?
sakit pun pandai nak jalan-jalan lagi?

ora opo la, alon-alon..
tak pe la, perlahan-lahan

dorong neng umah waey lah...
duduk kat rumah jelah...

Sampai disini dulu...
Selamat mencuba...
bagi mereka yang ingin belajar bahasa jawa dan bakal menjadi orang jawa...

Kenapa Nak Marah-Marah?

Marah adalah satu penyakit hati yang menjadi perbahasan ahli pemikir Islam seperti al-Razi dalam kitabnya al-Tibb al-Ruhani dalam mendidik jiwa. Marah ini adalah berpunca daripada elimen kejiwaan yang terdapat dalam diri seseorang itu. di ingatkan agar jangan sampai diri kita ini di kuasai oleh nafsu dan perlu berjihad un tuk melawannya.Pembersihan jiwa sangat penting supaya memperoleh kejayaan dan kebahgiaan.

Cara untuk mengawal marah adalah:

1. Mesti ingat bahawa kita ini adalah manusia yang tidak sempurna. jangan menganggap diri
kita ini betul pada setiap perkara.
2. Mesti ingat bahawa sifat marah itu akan merugikan diri kita sendiri
3. Muhasabah diri kita sendiri, mengapa kita mesti perlu marah pada perkara yang remeh
4. Mesti ingat bahawa, marah itu api, api itu SYAITAN, jangan sampai diri dikuasai oleh
SYAITAN LAKNATULLAH.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian...

"Aku berpesan pada diriku yang hina ini, hendaklah diriku melawan segala nafsu yang berpunca daripada SYAITAN...semoga aku disenangi hidup di dunia dan akhirat..."

Monday, April 20, 2009

Anda Cemburu....?




عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ مَا غِرْتُ عَلَى امْرَأَةٍ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيجَةَ هَلَكَتْ قَبْلَ أَنْ يَتَزَوَّجَنِي لِمَا كُنْتُ أَسْمَعُهُ يَذْكُرُهَا وَأَمَرَهُ اللَّهُ أَنْ يُبَشِّرَهَا بِبَيْتٍ مِنْ قَصَبٍ وَإِنْ كَانَ لَيَذْبَحُ الشَّاةَ فَيُهْدِي فِي خَلَائِلِهَا مِنْهَا مَا يَسَعُهُنَّ

Maksudnya:

"Dari Aisyah r.a., dia berkata: "Aku tidak pernah cemburu terhadap Nabi S.A.W. kerana seorang wanita, sebagaimana kecemburuanku terhadap Khadijah. Dia telah meninggal sebelum beliau menikahiku. Kerana aku biasa mendengar beliau menyebutnya. Allah memerintahkan beliau untuk memberinya Khabar gembira berupa rumah yang dibuat daripada Qashab. Apabila beliau menyembelih kambing, lalu menghadiahkan kepada sahabat-sahabatnya dari kambing itu yang mencukupi mereka". ( Shahih Bukhari )

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushay adalah merupakan wanita pertama yang dinikahi Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah nasab yang paling dekat dengan nabi s.a.w. berbanding isteri-isterinya yang lain. Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Siti Khadijah berlangsung pada tahun ke-25 dari kelahiran beliau menurut jumhur ulama.

Sebelum Nabi s.a.w. bernikah dengan Khadijah, beliau pernah memperdagangkan harta Khadijah ke Syam. Maka pembantu Khadijah yang bernama Maisarah melihat pada diri Nabi s.a.w. sesuatu yang membuatkannya memujuk Khadijah agar menikahi dengan beliau.

Di dalam hadis di atas Aisyah ada mengatakan bahawa: "Aku tidak pernah cemburu kepada salah seorang isteri Nabi s.a.w.". Riwayat ini menetapkan adanya sifat cemburu. Sifat ini ada pada diri wanita-wanita yang utama. Terlebih lagi pada wanita-wanita yang darjatnya di bawah mereka. Aisyah merasa cemburu kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. yang lain, tetapi cemburunya kepada Khadijah jauh lebih besar. Sebabnya adalah kerana Nabi s.a.w. seringkali menyebut nama Khadijah.

Di antara balasan Nabi s.a.w. terhadap Khadijah di dunia adalah beliau tidak menikahi wanita lain selama Khadijah masih mendampinginya. Semua ini menunjukkan keagungan, kedudukan dan keutamaan Khadijah. Dia telah membuat Nabi s.a.w. merasa cukup dan tidak rasa memerlukan kepada wanita lain.

Di antara keutamaan yang hanya dimiliki oleh Khadijah adalah mendahului semua wanita umat ini dalam beriman. Dia menjadi perintis sunnah tersebut bagi para wanita sesudahnya.
( Fathul Bari: Bab Pernikahan Nabi s.a.w.: juz' 12 )

Kaum wanita harus mencontohi sifat terpuji yang ada pada Siti Khadijah yang melengkapi hidup Nabi s.a.w. Aisyah mencemburui Khadijah pada hakikatnya adalah kerana jasa dan sumbangan yang diberikan Khadijah di dalam kemunculan Islam menjadi ingatan Nabi s.a.w setiap masa. Sifat cemburu sememangnya sudah ada dalam diri manusia, khususnya wanita seperti yang terdapat di dalam hadis di atas, tetapi jangan sampai cemburu itu dikuasai oleh nafsu...

Waallahu'alam...

Monday, March 30, 2009

Turunnya Besi Dari Langit



Allah berfirman:

"Sesungguhnya Kami mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca ( keadilan ) supaya manusia dapat
melaksanakan keadilan. Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, ( supaya mereka menggunakan besi itu ) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong ( agama ) Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat Lagi Maha Perkasa". ( Surah al-Hadid :25 )

Sunday, March 29, 2009

Persoalan Aurat Pada Pandangan Golongan Liberal


Aurat bermaksud bahagian-bahagian tertentu pada badan manusia yang wajib dilindungi daripada pandangan ajnabi kerana perbuatan mendedahkannnya adalah sesuatu yang mengaibkan di sisi agama. Setiap mukmin wajib menutup auratnya dan ini tiada khilaf dikalangan ulama'. Tetapi apa yang menjadi khilaf dikalangan ulama' ialah batas-batas aurat di antara lelaki dan wanita.

Golongan Literal mentafsirkan pakaian yang disebut didalam Al-Quran adalah berkisar tentang konsep kesederhanaan dan kesopanan dalam cara berpakaian. Pakaian yang dimaksudkan ialah pakaian yang dapat menutup kemaluan. Mereka menggunakan maksud literal mengenai pakaian ini. Maka pada pendapat mereka, seseorang itu bolehlah memakai pakaian yang hanya menutup kemaluan mereka sahaja.

Al-Quran melarang wanita Islam supaya tidak mempamerkan perhiasan diri mereka untuk dilihat kepada kaum lelaki ajnabi kecuali yang zahir daripadanya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( Surah an-Nur 24:30-31 )


Jelasnya, dalam surah ini ada menyebut mengenai batas-batas aurat dan perhiasan yang harus dan tidak harus dibuka dan didedahkan.

Melabuhkan jibab @ tudung supaya menutupi leher adalah mengikut apa yang telah disyariatkan didalam Islam. Golongan ini lebih cenderung dalam menerima pendapat yang mengatakan bahawa maksud tudung atau khimar ialah selendang yang dipakai oleh wanita Arab di zaman Jahiliyyah yang dibiarkan meleret dibelakang mereka. Leher baju pada ketika itu dibiarkan luas sehingga mendedahkan dada mereka. Mereka ini cuba untuk lari daripada tanggungjawab dalam menutup aurat. Ini kerana mereka menggunakan takrif aurat dengan maksud literal dan suruhan memakai tudung dikatakan sikap penghormatan lelaki terhadap wanita sahaja.

Sedangkan kita dapati dalam Al-Quran ada suruhan supaya memakai tudung yang dapat menutup kepala dan dada. Dalam firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 seperti di atas yang bermaksud: " Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada".

Walaupun kita dapati suruhan ditujukan kepada isteri-isteri Nabi, tapi ia juga tidak ketinggalan kepada orang-orang yang beriman pada masa kini mengikut kaedah usul. Perintah juga dikhususkan kepada wanita yang masih muda pada masa kini kerana bimbang akan keselamatan mereka dari diganggu oleh lelaki yang tidak bermoral Mencegah adalan lebih baik dari mengubati.

Tuesday, March 10, 2009

Hukum Memanggil Roh


Menurut Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya'rani dalam kitabnya Yawaqitu Wal Jawahir, bahawa bersahabat atau bersedudukan dengan jin itu sangat keji. Katanya lagi, "Barangsiapa memilih dan melebihkan bersedudukan dengan jin daripada bersedudukan dengan ulama', maka orang itu adalah sangat jahil kerana yang lebih biasa bagi jin itu adalah perbuatan dan perkataannya adalah dusta dan berlebih-lebihan seperti kelakuan manusia yang fasik. Tidak sesekali seseorang itu bersekedudukan dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadian itu adalah daripada api dan apin itu banyak sangat geraknya.

Syeikh Muhyidin 'Arabi dalam kitabnya Futuhat pula menjelaskan, adalah seorang yang bersekedudukan( bersahabat ) dengan jin itu tidak beroleh ilmu kerana Allah kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifatNya. Kadang-kala orang yang bersahabat dengan jin itu menyangka semua perkara yang dikhabarkan dan diberitahu oleh jin itu adalah daripada perkara yang berlaku di alam ini. Orang yang bersahabat dengan jin ini akan sombong dan takbur dengan kelebihan yang dimilikinya itu. Ringkasnya kita sebagai umat Islam ditegah daripada bersahabat dengan dengan jin mahupun jin Islam mahupun kafir kerana keburukannya lebih banyak berbanding daripada kebaikannya yang akan kita perolehi. Jin akan sentiasa mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya: Diriwayatkan dari 'Auf bin Malik al-Asja'i r.a. : Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyyah. Kemudian kami bertanyakan mantera kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, bagaimanakah menurutmu tentang mantera?" beliau menjawab: "Tunjukkanlah manteramu itu kepadaku" Mantera tidak ada salahnya selagi tidak mengandungi syirik.

Konsep Pembangunan Manusia


Melihat kepada kepentingan peranan manusia dalam pembangunan, amat wajar manusia itu sendiri harus dibangunkan terlebih dahulu mengikut acuan Islam. Berdasarkan kepada fitrah manusia yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani. Ia merupakan satu kaitan yang rapat kerana pembangunan rohani merupakan pelengkap kepada aspek fizikal. Kerohanian yang sejahtera sudah tentu boleh membawa ketenangan dan ketenteraman. Pembangunan fizikal dan meterial semata-mata tidak dapat menentukan pembangunan moral dan spiritual. Oleh itu pembangunan manusia terdiri terdiri daripada dua aspek:

Pertama: Pembangunan Jasmani

Pembangunan jasmani bermaksud memberi kekuatan kepada fizikal manusia supaya ia berupaya untuk menggunakan segala sumber yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan cara yang boleh menimbulkan kesejahteraan manusia yang harmoni dengan keadaan sekeliling. Pembangunan jasmani ini boleh ditingkatkan melalui kegiatan riadah, senaman, pemakanan yang seimbang dan halal serta pergaulan sosial yang sihat.

Kedua: Pembangunan Rohani

Pembangunan rohani pula bermaksud membangunkan diri manusia itu dari segi moral, agama, jiwa dan akhlaknya. Kepentingan akhlak adalah sebagai ruh Islam dan akhlak itu juga yang menentukan status manusia di sisi Allah s.w.t. Ini penting agar pembangunan yang dilaksanakan tidak melanggar prinsip-prinsip dan ajaran Islam atau dalam erti kata lain melanggar perintah Allah. Ia juga bertujuan agar pembangunan jasmani yang dilakukan berada di atas landasan yang benar kerana diri manusia dikawal oleh agama dan moralnya.

Tuesday, January 13, 2009

Renungkanlah...


Saban hari, suara laugan takbir sentiasa berkumandang di atas bumi Allah yang penuh dengan segala bukti kekuasaanNYA.Setiap waktu akan lahirlah ke dunia ini seorang penegak keadilan agama Islam.Lafaz syukur di panjatkan kepadaNYA atas kurniaanNya.Akan tetapi, laungan tabir juga berkumandang di bumi Palestin yang setiap waktu juga akan terkorbannya satu demi satu nyawa yang tidak berdosa untuk mempertahankan agama suci Islam.
Pencerobohan yang dilakukan oleh Israel LAKNATULLAH itu ke atas negara Palestin menunjukkan bahawa mereka ini juga sedang menceroboh ke dalam agama Islam.Dari satu rumah ke satu rumah yang lain, mereka mencari orang yang beragama Islam dan dibunuh tanpa rasa belas kasihan.Mereka menceroboh palestin dengan alasan yang pelbagai tetapi tujuan utama mereka adalah untuk menuntut bela atas kekalahan mereka dengan tentera Hizbullah di Lubnan yang lalu.Dendam yang ada dalam diri mereka yang gelap hatinya ini tidak akan habis sehinggalah ke Hari Kiamat seperti yang terkandung didalam Al-Quran.Dengan angkuh mengakui akan keterpilihan bangsa mereka yang dipilih oleh Tuhan dan ingin memusnahkan bangsa selainnya yang bukan dari kalangan mereka.
Daripada hidup yang merempat, mereka mula memperolehi negeri dengan kebijaksanaan mereka.Mempengaruhi kuasa-kuasa besar barat dan akhirnya dengan bilangan mereka yang kecil mampu untuk berlawan dengan orang Islam yang bilangannya berlipat kali ganda tanpa rasa gerun akan kebangkitan Islam.BANGUNLAH WAHAI PEMUDA ISLAM...angkatkanlah tangan dan kakimu untuk bersama-sama bangun..bangun untuk menegakkan agama Allah yang Maha Agung ini walaupun Amerika dan senjata-senjata canggih berada di belakang mereka.TIDAK MUSTAHIL ALLAH AKAN MENURUNKAN TENTERA-TENTERA MALAIKATNYA DALAM MEDAN PERTEMPURAN SEPERTI DALAM PERANG BADAR..ALLAHU AKBAR...!!!!