THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, March 10, 2009

Konsep Pembangunan Manusia


Melihat kepada kepentingan peranan manusia dalam pembangunan, amat wajar manusia itu sendiri harus dibangunkan terlebih dahulu mengikut acuan Islam. Berdasarkan kepada fitrah manusia yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani. Ia merupakan satu kaitan yang rapat kerana pembangunan rohani merupakan pelengkap kepada aspek fizikal. Kerohanian yang sejahtera sudah tentu boleh membawa ketenangan dan ketenteraman. Pembangunan fizikal dan meterial semata-mata tidak dapat menentukan pembangunan moral dan spiritual. Oleh itu pembangunan manusia terdiri terdiri daripada dua aspek:

Pertama: Pembangunan Jasmani

Pembangunan jasmani bermaksud memberi kekuatan kepada fizikal manusia supaya ia berupaya untuk menggunakan segala sumber yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan cara yang boleh menimbulkan kesejahteraan manusia yang harmoni dengan keadaan sekeliling. Pembangunan jasmani ini boleh ditingkatkan melalui kegiatan riadah, senaman, pemakanan yang seimbang dan halal serta pergaulan sosial yang sihat.

Kedua: Pembangunan Rohani

Pembangunan rohani pula bermaksud membangunkan diri manusia itu dari segi moral, agama, jiwa dan akhlaknya. Kepentingan akhlak adalah sebagai ruh Islam dan akhlak itu juga yang menentukan status manusia di sisi Allah s.w.t. Ini penting agar pembangunan yang dilaksanakan tidak melanggar prinsip-prinsip dan ajaran Islam atau dalam erti kata lain melanggar perintah Allah. Ia juga bertujuan agar pembangunan jasmani yang dilakukan berada di atas landasan yang benar kerana diri manusia dikawal oleh agama dan moralnya.

0 comments: