THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, March 10, 2009

Hukum Memanggil Roh


Menurut Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya'rani dalam kitabnya Yawaqitu Wal Jawahir, bahawa bersahabat atau bersedudukan dengan jin itu sangat keji. Katanya lagi, "Barangsiapa memilih dan melebihkan bersedudukan dengan jin daripada bersedudukan dengan ulama', maka orang itu adalah sangat jahil kerana yang lebih biasa bagi jin itu adalah perbuatan dan perkataannya adalah dusta dan berlebih-lebihan seperti kelakuan manusia yang fasik. Tidak sesekali seseorang itu bersekedudukan dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadian itu adalah daripada api dan apin itu banyak sangat geraknya.

Syeikh Muhyidin 'Arabi dalam kitabnya Futuhat pula menjelaskan, adalah seorang yang bersekedudukan( bersahabat ) dengan jin itu tidak beroleh ilmu kerana Allah kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifatNya. Kadang-kala orang yang bersahabat dengan jin itu menyangka semua perkara yang dikhabarkan dan diberitahu oleh jin itu adalah daripada perkara yang berlaku di alam ini. Orang yang bersahabat dengan jin ini akan sombong dan takbur dengan kelebihan yang dimilikinya itu. Ringkasnya kita sebagai umat Islam ditegah daripada bersahabat dengan dengan jin mahupun jin Islam mahupun kafir kerana keburukannya lebih banyak berbanding daripada kebaikannya yang akan kita perolehi. Jin akan sentiasa mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya: Diriwayatkan dari 'Auf bin Malik al-Asja'i r.a. : Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyyah. Kemudian kami bertanyakan mantera kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, bagaimanakah menurutmu tentang mantera?" beliau menjawab: "Tunjukkanlah manteramu itu kepadaku" Mantera tidak ada salahnya selagi tidak mengandungi syirik.

0 comments: