THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 26, 2009

Kenapa Mahu Mencari-Cari Salah Orang Lain?


"Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-hujurat:12)


Islam melarang umatnya bersangka buruk kepada orang lain kerana ia adalah salah satu cabang dosa. Sekiranya kita nampak saudara kita melakukan kesalahan, barulah kita menegurnya dengan cara yang berhikmah. Kita tidak dapat menilai diri kita sendiri, tetapi pandangan orang di sekeliling kita akan menjadi cerminan diri kita sebenarnya. Janganlah kita merasa kita ini sentiasa betul dalam semua perkara.Sifat ini adalah sangat di benci oleh Allah s.w.t. bahkan di sukai oleh Syaitan.


Jangan pula kita mencari-cari kesalahan orang lain apabila kita berada di dalam keadaan yang harmoni. Itu adalah perbuatan yang cela dalam Islam. Orang yang di hatinya ingin melihat saudaranya susah dan sentiasa mencari kesalahannya serta menolak akaan kebaikannya, ini mengambarkan penyakit hati dalam dirinya dan menunjukkan kepada orang ramai akan kelemahan imannya.

Friday, April 24, 2009

Bakal Menjadi Orang Jawa?

Peliharalah bahasa ibunda kita..

kuwe jenengey sopo?
siapa nama kamu?

jenengku mustarjo
namaku mustarjo

suwi ora ro kuwe
lama tak nampak kamu

yolah, aku kerjone adhoh kok
yela, aku kerja jauh

arep mareng endi?
nak ke mana?

arep dolan
nak jalan-jalan

dino iki kuwe ora dhodhol?
hari ini kamu tak jualan(niaga)?

ora, awak ku loro kabeh
tak, badan ku sakit-sakit suma

oh, kuwe meriang yo..
oh, kamu sakit ye..

iyo..beneran...
ye..betul...

meriang kok iso dolan to?
sakit pun pandai nak jalan-jalan lagi?

ora opo la, alon-alon..
tak pe la, perlahan-lahan

dorong neng umah waey lah...
duduk kat rumah jelah...

Sampai disini dulu...
Selamat mencuba...
bagi mereka yang ingin belajar bahasa jawa dan bakal menjadi orang jawa...

Kenapa Nak Marah-Marah?

Marah adalah satu penyakit hati yang menjadi perbahasan ahli pemikir Islam seperti al-Razi dalam kitabnya al-Tibb al-Ruhani dalam mendidik jiwa. Marah ini adalah berpunca daripada elimen kejiwaan yang terdapat dalam diri seseorang itu. di ingatkan agar jangan sampai diri kita ini di kuasai oleh nafsu dan perlu berjihad un tuk melawannya.Pembersihan jiwa sangat penting supaya memperoleh kejayaan dan kebahgiaan.

Cara untuk mengawal marah adalah:

1. Mesti ingat bahawa kita ini adalah manusia yang tidak sempurna. jangan menganggap diri
kita ini betul pada setiap perkara.
2. Mesti ingat bahawa sifat marah itu akan merugikan diri kita sendiri
3. Muhasabah diri kita sendiri, mengapa kita mesti perlu marah pada perkara yang remeh
4. Mesti ingat bahawa, marah itu api, api itu SYAITAN, jangan sampai diri dikuasai oleh
SYAITAN LAKNATULLAH.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian...

"Aku berpesan pada diriku yang hina ini, hendaklah diriku melawan segala nafsu yang berpunca daripada SYAITAN...semoga aku disenangi hidup di dunia dan akhirat..."

Monday, April 20, 2009

Anda Cemburu....?




عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ مَا غِرْتُ عَلَى امْرَأَةٍ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيجَةَ هَلَكَتْ قَبْلَ أَنْ يَتَزَوَّجَنِي لِمَا كُنْتُ أَسْمَعُهُ يَذْكُرُهَا وَأَمَرَهُ اللَّهُ أَنْ يُبَشِّرَهَا بِبَيْتٍ مِنْ قَصَبٍ وَإِنْ كَانَ لَيَذْبَحُ الشَّاةَ فَيُهْدِي فِي خَلَائِلِهَا مِنْهَا مَا يَسَعُهُنَّ

Maksudnya:

"Dari Aisyah r.a., dia berkata: "Aku tidak pernah cemburu terhadap Nabi S.A.W. kerana seorang wanita, sebagaimana kecemburuanku terhadap Khadijah. Dia telah meninggal sebelum beliau menikahiku. Kerana aku biasa mendengar beliau menyebutnya. Allah memerintahkan beliau untuk memberinya Khabar gembira berupa rumah yang dibuat daripada Qashab. Apabila beliau menyembelih kambing, lalu menghadiahkan kepada sahabat-sahabatnya dari kambing itu yang mencukupi mereka". ( Shahih Bukhari )

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushay adalah merupakan wanita pertama yang dinikahi Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah nasab yang paling dekat dengan nabi s.a.w. berbanding isteri-isterinya yang lain. Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Siti Khadijah berlangsung pada tahun ke-25 dari kelahiran beliau menurut jumhur ulama.

Sebelum Nabi s.a.w. bernikah dengan Khadijah, beliau pernah memperdagangkan harta Khadijah ke Syam. Maka pembantu Khadijah yang bernama Maisarah melihat pada diri Nabi s.a.w. sesuatu yang membuatkannya memujuk Khadijah agar menikahi dengan beliau.

Di dalam hadis di atas Aisyah ada mengatakan bahawa: "Aku tidak pernah cemburu kepada salah seorang isteri Nabi s.a.w.". Riwayat ini menetapkan adanya sifat cemburu. Sifat ini ada pada diri wanita-wanita yang utama. Terlebih lagi pada wanita-wanita yang darjatnya di bawah mereka. Aisyah merasa cemburu kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. yang lain, tetapi cemburunya kepada Khadijah jauh lebih besar. Sebabnya adalah kerana Nabi s.a.w. seringkali menyebut nama Khadijah.

Di antara balasan Nabi s.a.w. terhadap Khadijah di dunia adalah beliau tidak menikahi wanita lain selama Khadijah masih mendampinginya. Semua ini menunjukkan keagungan, kedudukan dan keutamaan Khadijah. Dia telah membuat Nabi s.a.w. merasa cukup dan tidak rasa memerlukan kepada wanita lain.

Di antara keutamaan yang hanya dimiliki oleh Khadijah adalah mendahului semua wanita umat ini dalam beriman. Dia menjadi perintis sunnah tersebut bagi para wanita sesudahnya.
( Fathul Bari: Bab Pernikahan Nabi s.a.w.: juz' 12 )

Kaum wanita harus mencontohi sifat terpuji yang ada pada Siti Khadijah yang melengkapi hidup Nabi s.a.w. Aisyah mencemburui Khadijah pada hakikatnya adalah kerana jasa dan sumbangan yang diberikan Khadijah di dalam kemunculan Islam menjadi ingatan Nabi s.a.w setiap masa. Sifat cemburu sememangnya sudah ada dalam diri manusia, khususnya wanita seperti yang terdapat di dalam hadis di atas, tetapi jangan sampai cemburu itu dikuasai oleh nafsu...

Waallahu'alam...