THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, March 30, 2009

Turunnya Besi Dari Langit



Allah berfirman:

"Sesungguhnya Kami mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca ( keadilan ) supaya manusia dapat
melaksanakan keadilan. Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, ( supaya mereka menggunakan besi itu ) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong ( agama ) Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat Lagi Maha Perkasa". ( Surah al-Hadid :25 )

Sunday, March 29, 2009

Persoalan Aurat Pada Pandangan Golongan Liberal


Aurat bermaksud bahagian-bahagian tertentu pada badan manusia yang wajib dilindungi daripada pandangan ajnabi kerana perbuatan mendedahkannnya adalah sesuatu yang mengaibkan di sisi agama. Setiap mukmin wajib menutup auratnya dan ini tiada khilaf dikalangan ulama'. Tetapi apa yang menjadi khilaf dikalangan ulama' ialah batas-batas aurat di antara lelaki dan wanita.

Golongan Literal mentafsirkan pakaian yang disebut didalam Al-Quran adalah berkisar tentang konsep kesederhanaan dan kesopanan dalam cara berpakaian. Pakaian yang dimaksudkan ialah pakaian yang dapat menutup kemaluan. Mereka menggunakan maksud literal mengenai pakaian ini. Maka pada pendapat mereka, seseorang itu bolehlah memakai pakaian yang hanya menutup kemaluan mereka sahaja.

Al-Quran melarang wanita Islam supaya tidak mempamerkan perhiasan diri mereka untuk dilihat kepada kaum lelaki ajnabi kecuali yang zahir daripadanya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( Surah an-Nur 24:30-31 )


Jelasnya, dalam surah ini ada menyebut mengenai batas-batas aurat dan perhiasan yang harus dan tidak harus dibuka dan didedahkan.

Melabuhkan jibab @ tudung supaya menutupi leher adalah mengikut apa yang telah disyariatkan didalam Islam. Golongan ini lebih cenderung dalam menerima pendapat yang mengatakan bahawa maksud tudung atau khimar ialah selendang yang dipakai oleh wanita Arab di zaman Jahiliyyah yang dibiarkan meleret dibelakang mereka. Leher baju pada ketika itu dibiarkan luas sehingga mendedahkan dada mereka. Mereka ini cuba untuk lari daripada tanggungjawab dalam menutup aurat. Ini kerana mereka menggunakan takrif aurat dengan maksud literal dan suruhan memakai tudung dikatakan sikap penghormatan lelaki terhadap wanita sahaja.

Sedangkan kita dapati dalam Al-Quran ada suruhan supaya memakai tudung yang dapat menutup kepala dan dada. Dalam firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 seperti di atas yang bermaksud: " Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada".

Walaupun kita dapati suruhan ditujukan kepada isteri-isteri Nabi, tapi ia juga tidak ketinggalan kepada orang-orang yang beriman pada masa kini mengikut kaedah usul. Perintah juga dikhususkan kepada wanita yang masih muda pada masa kini kerana bimbang akan keselamatan mereka dari diganggu oleh lelaki yang tidak bermoral Mencegah adalan lebih baik dari mengubati.

Tuesday, March 10, 2009

Hukum Memanggil Roh


Menurut Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya'rani dalam kitabnya Yawaqitu Wal Jawahir, bahawa bersahabat atau bersedudukan dengan jin itu sangat keji. Katanya lagi, "Barangsiapa memilih dan melebihkan bersedudukan dengan jin daripada bersedudukan dengan ulama', maka orang itu adalah sangat jahil kerana yang lebih biasa bagi jin itu adalah perbuatan dan perkataannya adalah dusta dan berlebih-lebihan seperti kelakuan manusia yang fasik. Tidak sesekali seseorang itu bersekedudukan dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadian itu adalah daripada api dan apin itu banyak sangat geraknya.

Syeikh Muhyidin 'Arabi dalam kitabnya Futuhat pula menjelaskan, adalah seorang yang bersekedudukan( bersahabat ) dengan jin itu tidak beroleh ilmu kerana Allah kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifatNya. Kadang-kala orang yang bersahabat dengan jin itu menyangka semua perkara yang dikhabarkan dan diberitahu oleh jin itu adalah daripada perkara yang berlaku di alam ini. Orang yang bersahabat dengan jin ini akan sombong dan takbur dengan kelebihan yang dimilikinya itu. Ringkasnya kita sebagai umat Islam ditegah daripada bersahabat dengan dengan jin mahupun jin Islam mahupun kafir kerana keburukannya lebih banyak berbanding daripada kebaikannya yang akan kita perolehi. Jin akan sentiasa mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya: Diriwayatkan dari 'Auf bin Malik al-Asja'i r.a. : Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyyah. Kemudian kami bertanyakan mantera kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, bagaimanakah menurutmu tentang mantera?" beliau menjawab: "Tunjukkanlah manteramu itu kepadaku" Mantera tidak ada salahnya selagi tidak mengandungi syirik.

Konsep Pembangunan Manusia


Melihat kepada kepentingan peranan manusia dalam pembangunan, amat wajar manusia itu sendiri harus dibangunkan terlebih dahulu mengikut acuan Islam. Berdasarkan kepada fitrah manusia yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani. Ia merupakan satu kaitan yang rapat kerana pembangunan rohani merupakan pelengkap kepada aspek fizikal. Kerohanian yang sejahtera sudah tentu boleh membawa ketenangan dan ketenteraman. Pembangunan fizikal dan meterial semata-mata tidak dapat menentukan pembangunan moral dan spiritual. Oleh itu pembangunan manusia terdiri terdiri daripada dua aspek:

Pertama: Pembangunan Jasmani

Pembangunan jasmani bermaksud memberi kekuatan kepada fizikal manusia supaya ia berupaya untuk menggunakan segala sumber yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan cara yang boleh menimbulkan kesejahteraan manusia yang harmoni dengan keadaan sekeliling. Pembangunan jasmani ini boleh ditingkatkan melalui kegiatan riadah, senaman, pemakanan yang seimbang dan halal serta pergaulan sosial yang sihat.

Kedua: Pembangunan Rohani

Pembangunan rohani pula bermaksud membangunkan diri manusia itu dari segi moral, agama, jiwa dan akhlaknya. Kepentingan akhlak adalah sebagai ruh Islam dan akhlak itu juga yang menentukan status manusia di sisi Allah s.w.t. Ini penting agar pembangunan yang dilaksanakan tidak melanggar prinsip-prinsip dan ajaran Islam atau dalam erti kata lain melanggar perintah Allah. Ia juga bertujuan agar pembangunan jasmani yang dilakukan berada di atas landasan yang benar kerana diri manusia dikawal oleh agama dan moralnya.