THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 20, 2009

Anda Cemburu....?




عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ مَا غِرْتُ عَلَى امْرَأَةٍ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيجَةَ هَلَكَتْ قَبْلَ أَنْ يَتَزَوَّجَنِي لِمَا كُنْتُ أَسْمَعُهُ يَذْكُرُهَا وَأَمَرَهُ اللَّهُ أَنْ يُبَشِّرَهَا بِبَيْتٍ مِنْ قَصَبٍ وَإِنْ كَانَ لَيَذْبَحُ الشَّاةَ فَيُهْدِي فِي خَلَائِلِهَا مِنْهَا مَا يَسَعُهُنَّ

Maksudnya:

"Dari Aisyah r.a., dia berkata: "Aku tidak pernah cemburu terhadap Nabi S.A.W. kerana seorang wanita, sebagaimana kecemburuanku terhadap Khadijah. Dia telah meninggal sebelum beliau menikahiku. Kerana aku biasa mendengar beliau menyebutnya. Allah memerintahkan beliau untuk memberinya Khabar gembira berupa rumah yang dibuat daripada Qashab. Apabila beliau menyembelih kambing, lalu menghadiahkan kepada sahabat-sahabatnya dari kambing itu yang mencukupi mereka". ( Shahih Bukhari )

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushay adalah merupakan wanita pertama yang dinikahi Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah nasab yang paling dekat dengan nabi s.a.w. berbanding isteri-isterinya yang lain. Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Siti Khadijah berlangsung pada tahun ke-25 dari kelahiran beliau menurut jumhur ulama.

Sebelum Nabi s.a.w. bernikah dengan Khadijah, beliau pernah memperdagangkan harta Khadijah ke Syam. Maka pembantu Khadijah yang bernama Maisarah melihat pada diri Nabi s.a.w. sesuatu yang membuatkannya memujuk Khadijah agar menikahi dengan beliau.

Di dalam hadis di atas Aisyah ada mengatakan bahawa: "Aku tidak pernah cemburu kepada salah seorang isteri Nabi s.a.w.". Riwayat ini menetapkan adanya sifat cemburu. Sifat ini ada pada diri wanita-wanita yang utama. Terlebih lagi pada wanita-wanita yang darjatnya di bawah mereka. Aisyah merasa cemburu kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. yang lain, tetapi cemburunya kepada Khadijah jauh lebih besar. Sebabnya adalah kerana Nabi s.a.w. seringkali menyebut nama Khadijah.

Di antara balasan Nabi s.a.w. terhadap Khadijah di dunia adalah beliau tidak menikahi wanita lain selama Khadijah masih mendampinginya. Semua ini menunjukkan keagungan, kedudukan dan keutamaan Khadijah. Dia telah membuat Nabi s.a.w. merasa cukup dan tidak rasa memerlukan kepada wanita lain.

Di antara keutamaan yang hanya dimiliki oleh Khadijah adalah mendahului semua wanita umat ini dalam beriman. Dia menjadi perintis sunnah tersebut bagi para wanita sesudahnya.
( Fathul Bari: Bab Pernikahan Nabi s.a.w.: juz' 12 )

Kaum wanita harus mencontohi sifat terpuji yang ada pada Siti Khadijah yang melengkapi hidup Nabi s.a.w. Aisyah mencemburui Khadijah pada hakikatnya adalah kerana jasa dan sumbangan yang diberikan Khadijah di dalam kemunculan Islam menjadi ingatan Nabi s.a.w setiap masa. Sifat cemburu sememangnya sudah ada dalam diri manusia, khususnya wanita seperti yang terdapat di dalam hadis di atas, tetapi jangan sampai cemburu itu dikuasai oleh nafsu...

Waallahu'alam...

0 comments: