"Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-hujurat:12)
Islam melarang umatnya bersangka buruk kepada orang lain kerana ia adalah salah satu cabang dosa. Sekiranya kita nampak saudara kita melakukan kesalahan, barulah kita menegurnya dengan cara yang berhikmah. Kita tidak dapat menilai diri kita sendiri, tetapi pandangan orang di sekeliling kita akan menjadi cerminan diri kita sebenarnya. Janganlah kita merasa kita ini sentiasa betul dalam semua perkara.Sifat ini adalah sangat di benci oleh Allah s.w.t. bahkan di sukai oleh Syaitan.
Jangan pula kita mencari-cari kesalahan orang lain apabila kita berada di dalam keadaan yang harmoni. Itu adalah perbuatan yang cela dalam Islam. Orang yang di hatinya ingin melihat saudaranya susah dan sentiasa mencari kesalahannya serta menolak akaan kebaikannya, ini mengambarkan penyakit hati dalam dirinya dan menunjukkan kepada orang ramai akan kelemahan imannya.